Powered By Blogger

Sunday, September 1, 2013

salam bicara

Assalamulaikum dan terima kasih kerana sudi mengujungi laman blog yang tidak seberapanya ini. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi minat dan pengetahuan dalam kalangan peminat batu permata dan cincin. Batu permata dan teras kayu yang dipaparkan adalah asli yang mana kami perolehi dari sumber yang dipercayai dan diyakini keasliannya.Mengenai khasiat/fadilat dan kelebihan sesuatu item kami kongsikan melalui pengalaman mereka pernah menggunakan atau melalui maklumat dan rujukan dari mereka yang ahli dan lebih arif dalam penggunaan teras kayu dan batu permata. Pun begitu jangan kita lupa segala item dan barangan hanya asbab dan ikhtiar sahaja padaNYA jualah yang Maha Mengetahuinya.Tidak salah untuk kita berusaha asalkan diatas landasan yang betul dan tidak berpaling padaNYA.


Manusia mula mengetahui tentang khasiat dan kegunaan teras kayu sejak nabi Adam as lagi.Allah telah mengurniakan pengetahuan tentang khasiat teras kayu sebagai penawar kepada beliau sedangkan malaikat pada ketika itu tidak mengetahuinya. Ini menunjukkan banyak kelebihan yang telah Allah berikan kepada kita manusia.
      'Dan sesungguhnya tidak tuhan jadikan sesuatu itu sia-sia melainkan ada kegunaannya bagi mereka yang mengetahuinya'...Disuatu masa dahulu ketika tiada teknologi,doktor mahu pun klinik tumbuhan-tumbuhanlah yang menjadi iktiar dan asbab untuk merawat penyakit juga sebagai penawar.
      Semenjak dahulu lagi nenek moyang kita arif dan bijak memanfaatkan sumber tumbuhan yang ada bagi tujuan kegunaan harian dan amalan. Mereka juga mahir dalam mengenal tumbuhan dan khasiat teras kayu untuk diaplikasikan ketika perlu.
      Jika kita ingin mengenali teras kayu sekurang-kurangnya kita mesti mengetahui hujung pangkalnya atau asal usulnya. Sebab itu pengetahuan usul itu penting dalam budaya melayu.Jika menurut hukum sains sebatian unsur kimia yang terdapat dalam teras kayu adalah dalam bentuk proton dan elektron iaitu negatif dan positif yang dikenali sebagai kayu jantan dan betina.
      "Seorang pemerhati kayu,Drs. Budi Hardono pada tahun 1987-1989 mengadakan penelitian terhadap kayu-kayu yang memiliki keistimewaan itu kemudian diyakini 'bertuah'.Hasil penelitian dan kajian beliau yang dilakukan di Fakulti MIPA Universiti Gajahmada Indonesia dengan menggunakan Chronometer alat pengukur tenaga buatan Amerika menunjukkan, tenaga yang terdapat pada "kayu Langka/Bertuah" kekuatannya adalah dua kali ganda jika dibandingkan dengan tenaga yang terdapat pada keris atau barang pusaka.Jika keris atau pusaka menunjukkan tahap 50,kayu bertuah menunjukkan tahap 100.Ertinya media kayu lebih praktis dijadikan 'pegangan' atau pemancar tenaga metafizik kerana tidak ada pantang larang tertentu saat membawanya.
           Kayu memancarkan tenaga,nur atau cahaya. Cahaya memiliki frekunsi sangat tinggi dan gelombang-gelombang molekul ion yang jika disertakan dengan doa dan amalan dari jalur ilmu, frekunsinya menjadi lebih kuat dan tinggi serta akan menimbulkan 'auranya'.Nur atau cahaya rumusnya 328 tahun cahaya sehinggakan secara logiknya manusia tidak dapat menjangkaunya.
           Tenaga atau aura yang dipancarkan pada kayu 'bertuah' terlalu halus dan relatif, secara kimia dapat dikesan melalui beberapa ujian.Yang dimaksudkan dengan kayu bertuah adalah kayu secara kudrati mengandungi daya kekuatan alamiah tenaga Prana(Tenaga Bion) dalam potensi supernatural yang berpengaruh kepada hidupan...Setiap ciptaanNYA memiliki manfaat. Dalam "bekerja" Tuhan melalui ciptaannya.Misalnya Tuhan menawarkan racun racun melalui ciptaanNYA bernama kayu setinggi/gemunggal dan berbagai jenis kayu yang lain,dan mengubati malaria melalui pohon kina dan sebagainya...Sebahagian dari nikmat Tuhan adalah diciptakannya tumbuh-tumbuhan yang memiliki khasiat yang luar biasa, terpulang pada kita manusia untuk mengolahnya kearah kebaikan...
   
    Teras Gemunggal/Kelor
-Untuk ketahanan diri(mengaktifkan raksa dalam tubuh)
-Perubatan/penawar
-Penolak gangguan halus
-Menghindari binatang berbisa


No comments:

Post a Comment