Kepakaran menjual barangan diperbuat khas daripada Teras Kayu dan pelbagai.. - kayu (berenergi&bertuah) kesan secara alami - khasiat dinantikan oleh peminat Teras HUBUNGI ENCIK MUZAKIR 01129327236
Sunday, September 1, 2013
POK DE KEBAL BIASA
Dipatuk 500 kali......Pok De hanya perlukan tiga minit guna kayu khas rawat bisa ular
KUALA LUMPUR: Seorang penjinak ular, Sayuti Harun, 62, yang lebih dikenali sebagai Pok De (Pak Uda), mendakwa sudah lebih 500 kali dipatuk ular berbisa. Kehebatan lelaki 'kebal bisa' ini banyak dibantu sejenis kayu istimewa.Dipatuk 500 kaliPok De hanya perlukan tiga minit guna kayu khas rawat bisa ularMarang: Seorang penjinak ular yang mendakwa lebih 500 kali dipatuk ular boleh digelar sebagai manusia kebal bisa berikutan kemampuannya bertahan dalam tempoh tiga minit sebelum dirawat menggunakan kayu khas.Sayuti Harun, 62, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pok De' (Pak Uda) dari Kampung Wakaf Tapai di sini, memiliki kelebihan menakjubkan itu selepas berkemahiran bermain dengan pelbagai jenis ular berbisa, termasuk tedung selar dan tedung senduk sejak berusia 12 tahun."Saya bukan takbur tapi tangan dan kaki ini sudah lali dipatuk pelbagai ular berbisa ketika mengadakan pertunjukan di seluruh negara, termasuk di rumah orang kenamaan," katanya.
Menurutnya, dia hanya menggunakan kayu khas dari hutan yang didakwa menjadi penawar kepada bisa pelbagai jenis sengatan haiwan."Kayu itu akan ditekap pada tempat yang dipatuk sebelum ia jatuh dalam tempoh tiga minit dan saya boleh berdiri semula tanpa merasa sakit."Selepas itu, saya sudah boleh meneruskan persembahan," katanya yang memiliki 13 jenis ular berbisa, termasuksenduk api, tanah, kain buruk dan ular kapak.Pok De berkata, dia tidak menfikan keperluan rawatan moden, tapi sehingga kini dia tidak pernah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital apabila dipatuk ular berbisa.Dia bersyukur kerana sepanjang mengadakan pertunjukan tidak ada kecederaan serius dialami dan berjaya memberikan persembahan dangan tenang."Memang ada yang tidak percaya dengan ular yang saya gunakan, kononnya ular itu sudah dibuang bisa dan tidak bertaring tapi saya buktikan kepada pelanggan menyebabkan mereka terpinga-pinga.
"Saya bukan hendak menunjuk tetapi inilah kemampuan saya dan ia juga punca rezeki sayabagi menyara keluarga," katanya.Sayuti juga menunjukkan kesan patukan tedung selar di jari telunjuk kirinya, setengah jam sebelum dikunjungi wartawan Hatian Metro, semalam."Baru sekejap tadi saya dipatuk ular tedung selar ini, tapi syukur ia tak beri kesan serius kepada saya dan masih mampu sihat seperti sedia kala"."Saya bersyukur kepada Allah kerana diberikan kelebihan ini walaupun tidak dinafikan kerjaya itu boleh mengundang maut bila-bila masa", katanya tidak menafikan setiap penjinaj ular mempunyai kemahiran tersendiri.Pok De berkata, dia tidak menggunakan amalam pelik dan tidak kebal seperti anggapan sesetengah pihak tetapi lebih menggunakan kemahiran yang dianugerahkan Allah dan tidak takbur dan riak."Saya mengakui sikit saja kesilapan boleh mengundang padah yang cukup mengerikan", katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment