Powered By Blogger

Sunday, September 1, 2013

DATIN IDAM TERAS GEMUNGGAR



RM1,000 untuk hirisan pokok didakwa mampu jadi benteng diri, penawar racun.

Marang: Seorang Datin sanggup menawarkan RM1,000 bagi mendapatkan hirisan teras pokok gemunggar sebesar ibu jari yang dikatakan mampu menjadi penawar racun dan gigitan pelbagai haiwan berbisa.Malah, Datin berusia 30-an terbabit memanggil pengamal perubatan tradisional yang memiliki kayu itu kerumahnya, Isnin lal, bagi mendapatkan hirisan itu.Pengamal perubatan Sayuti harun, 63, ketika mendedahkan perkara itu berkata, Datin terbabit mungkin menyedari khasiat kayu yang sukar diperoleh itu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk benteng diri.Menurutnya, hirisan kayu itu hanya dijual jika ditawarkan mereka yang megetahui khasiatnya dan dijual antara RM50 hingga RM3,000 mengikut saiz.

"Saya memang tak jual kayu ini tapi hanya menyerahkannya jika ada individu menawarkan untuk membelinya, itupun ia tidak sewenang-wenangnya."Lazimnya, mereka yang mahu membelikayu ini tahu cara ia digunakan terutama sebagai penawar bagi yang terminum racun atau digigit haiwan berbisa," katanya ketika ditemui Harian Metro dirumahnya di Kampung Wakaf Tapai disini samalam.Sayuti yang lebih dikenali sebagai Pok De, berkata pokok gemunggar hanya ditanam di kawasan hutan tapi begitu sukar untuk mendapatkan teras yang tersimpan kukuh di dalam batang pokok itu.Pok De sendiri bersyukur kerana memiliki teras itu yang diperoleh daripada pokok itu yang ditanam datuknya lebih 30 tahun lalu.

"Jika diikutkan hati, saya boleh jadi 'kaya' tetapi itu bukan matlamat utama kerana bagi saya ia sekadar membantu mereka yang menyedari khasiat kayu hutan ini.'Malah, datin itu sendiri menggunakan teras pokok ini kononnya sebagai 'benteng diri' dan tiada sebarang jampi serapah digunakan, katanya yang memperoleh kayu itu di hutan sebuah negeri di Pantai Timur.Menurutnya, hirisan kacil teras gemunggar boleh dibuat cincin atau disimpan dan ia juga sering disimpan dan digunakan ahli perniagaan dan kenamaan.Pok De berkata, kebanyakkan ahli perniagaan sering menggunakan hirisan kayu itu kerana mengetahui khasiatnya dan ia bukan pelik. Selain terasnya, Pok De berkata, pokok gemunggar mempunyai daun dan buahnya boleh dijadikan hidangan gulai telur selain daunnya dicicah dengan budu.

No comments:

Post a Comment