TERAS GEMUNGGAL
APAKAH IA????
Kekuatan, daya, potensi dan energi kayu-kayu tersebut perlu diketahui, dicermati untuk dapat dipergunakan sebagai kelengkapan manusia dalam kehidupan sehari-hari agar manusia rahayu dalam melaksanakan kehidupan serta mengembangkan kehidupan.
Pancaran energi kayu tersebut dapat dipelajari dan diketahui dengan berbagai cara. Pengetahuan tentang kayu berenergi ini sudah terkenal sejak zaman dahulu lagi. Ianya boleh digunakan untuk membuat rawatan bagi pelbagai penyembuhan, pemagaran, benteng diri, pelarisan, pengasihan dan banyak lagi kelebihan.
Hakikat Pemakaian Batu Cincin dan Permata
Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang dapat membawa mudharat melainkan dengan izin Allah jua. Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya.
Pemakaian dan penggunaan batu hanyalah salah satu cara/ usaha untuk mencapai tujuan masing-masing. Sama juga dengan penggunaan ubat (ubat dari hospital atau ubat tradisional dari akar-akar kayu) apabila kita mengalami sakit kepala atau sakit-sakit lain. Kita hanya berusaha dengan kelebihan/ sifat yang ada pada ubat tersebut untuk menghilangkan sakit tetapi kuasa untuk meyembuhkan adalah dalam kekuasaan Allah, jika Allah mahu nescaya sembuhlah kita dari sakit dan begitulah juga sebaliknya.
Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya masing-masing. Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah. Amin
VIDEO KEHEBATAN TERAS GEMUNGGAL
Kelebihan Teras Gemunggal Menurut Kitab Ensiklopedia Herba-Herba
- Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.
- Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.
- Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.
- Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.
- Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya.
- Sakit mata:daunnya 3 ranting kecil dilumat diandunkan dengan 1 gelas air dan heningkan; ditapis dan dititikkan ke dalam mata.
- Rabun ayam: daunnya 3 ranting kecil dilumat, dituangkan 1 mangkuk air masak dan ditapis; kemudian diandunkan dengan madu 3 sudu, diminum sebelum tidur.
- Sakit kuning: daunnya 7 ranting kecil dilumat dan dimasukkan 1 gelas air kelapa; ditapis dan diadunkan dengan 7 sudu madu, diminum 3 kali sehari.
- Sengal tulang: daunnya 3 ranting kecil dilumatkan bersama ½ sudu kapur makan, dibuat gosok.
- Alergi (alahan): daunnya 3 ranting kecil, bawang merah 1 ulas, biji adas dan akar mempelas direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum 2 kali sehari 1 mangkuk kecil.
- Memusnah cacing: daunnya 3 ranting kecil, daun lada 1 ranting kecil dan 3 batang Dukung Anak direbus dengan 2 gelas sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum sebelum tidur.
- Luka bernanah: daunnya 7 ranting kecil dilumatkan ditempel.
- Sukar membuang air kecil: daunnya 3 ranting kecil dilumat dan diperah dicampur dengan perahan air mentimun atau lobak Merah, sama banyak antara ketiga; diadun dan dicampur 1 gelas air dan ditapis; diminum 3 kali sehari.
- Menjauhkan dari kecurian: bila meletakkan terasnya dalam rumah atau dalam kenderaan, insya Allah.
- Sengal tulang: daun mudanya diremuk dicampur kapur makan, digosokkan.
- Bengkak: daun mudanya diremuk dan ditempelkan ditempat sakit.
- Mengurangi rasa sakit: Untuk keduanya- daun mudanya diremuk dan ditempelkan di tempat sakit. Juga kulitnya diremuk dan dicampur sedikit kapur makan, ditempelkan.
- Pitam, pengsan (Epilepsi): akarnya diasah dibuat basuh kepala.
- Busung (Odeem): akarnya dan kulit serta akar pepaya dilumat dicomor.
- Beri-beri: akarnya direbusdan diminum.
- Kencing Bernanah (Gonorrhoea): akar dan daunnya direbusdan diminum setiap 3 jam sekali.
- Kurap: daunnya digosokkan dengan kapur.
- Kelor: Gemunggai, Remunggai, Merunggai
Teras Gemunggal merupakan sejenis pokok yang mempunyai khasiat yang agak ganjil:
- Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum.
- Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum
- Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu.
- Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul.
- Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis.
- Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum.
- Digigit ular,lipan: Terasnya diasah dan dicomor pada tempat yang kena gigit.
APAKAH NAMA SAINTIFIK TERAS GEMUNGGAL?????
Nama sains bagi merunggai ialah Moringa Oleifera dan sinonim dengan Moringa Ptergyosperma. Merunggai juga dikenali dengan nama gemunggal,ramunggai, rembugai, lembugai, pemanggai dan kacang kelur. Pokok ini berasal dari India dan sekarang banyak ditanam di pelbagai kawasan tropika dan subtropika, terutama di Asia disamping benua Amerika seperti Florida di Amerika Syarikat, Mexico, Peru, Paraguay, Brazil, Venezuela, Hindi Barat, Kepulauan Turki dan Caicos.
Merunggai mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional. Daun merunggai dikatakan boleh mengubati buah dada yang bengkak, terutama dikalangan ibu yang baru bersalin. Ia diubati dengan cara menyapu daun yang ditumbuk lumat pada bahagian yang bengkak. Bagi memulihkan badan ibu, akarnya ditumbuk dan disapu pada perut ibu yang baru bersalin sebagai bebat. Makanan daripada daun merunggai dan buah merunggai boleh bertindak sebagai pelawas sembelit. Daun dan akar juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit sifilis dan busung darah. Manakala daunnya dimakan untuk mengubati penyakit gonorea.
Dalam perubatan India, akar merunggai digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak atau bisul yang dalam. Daunnya pula dijadikan penawar gigitan anjing, muntah-muntah, dan mengurangkan aliran susu ibu. Di Jawa, akar merunggai digunakan untuk mengubati rasa kebas, penyakit beri-beri, dan pelbagai penyakit kulit. Batang pokok yang luka mengeluarkan sejenis gam yang berguna sebagai ubat di India dan Jawa. Orang India menggunakan gam ini untuk mengubati kelenjar yang bengkak. Orang Jawa pula menggunakan gam ini bagi mengubati sakit usus.
Di kawasan Amerika Tengah, terutamanya di Curacao, akar merunggai sepanjang 15 cm diambil, dicuci bersih dan cecair di dalam akarnya itu dihisap; cecair ini didapati boleh menjadi penawar selesema. Di Guetamala, kulit dan akar yang dihancurkan dijadikan ubat sapu, bijinya dibancuh seperti teh dan diminum untuk melegakan demam panas dan juga pelawas buang air besar. Di Nicaragua dan El Salvador , akar yang kering digunakan sebagai penawar untuk mengubati penyakit malaria dan masalah buah pinggang. Orang Puerto Rico memakan daun merunggai sebagai pelawas buang air besar. Di Pulau Caicos, air rebusan bunga diminum sebagai penawar batuk.
Di Bahamas, air rebusan bunga merunggai ini dicampur dengan limau nipis sebelum diminum untuk tujuan yang sama. Orang Aruba menghancurkan biji merunggai dan menyapunya pada bahagian badan yang ada ketuat untuk mernghilangkan ketuat itu. Di Venezuela, air rebusan biji dan daun merunggai diminum sebagai julap dan untuk mengeluarkan cacing yang ada di dalam perut dan usus. Orang Bahamas dan Jamaica merendam kulit merunggai di dalam alkohol dan menggunakannya sebagai ubat sapu bagi melegakan sakit kepala dan sakit-sakit badan. Orang Curacao merendam akar yang telah dihancurkan di dalam rum dan digunakan sebagai ubat sapu bagi menyembuhkan sakit otot jenis reumatisme.
Pokok Gemunggar/Gemunggal ( istilah Pantai Timur; asal perkataan India ) atau Kilo/Kelo/Kelor ( istilah yang lebih dominan di alam Melayu ) merupakan sejenis pokok yang tidak asing lagi bagi masyarakat di nusantara ( Pattani, Malaysia & Indonesia ). Dikenali juga dengan nama Moltong, Keloro, Kawano, Ongge dan Hau Fo. Ianya banyak di tanam di tepi-tepi rumah atau pondok pengajian dan boleh dijumpai di tepi-tepi jalan terutamanya di kawasan kampung. Daunnya berbentuk bujur telur dengan ukuran kecil-kecil tersusun majmuk dalam satu tangkai. Kelor berbunga sepanjang tahun dengan aroma semerbak, berwarna putih kekuningan dengan tudung pelepah bunganya berwarna hijau. Pucuknya yang masih muda digoreng bersama telur, manakala buahnya (i.e., berbentuk tiga/empat segi panjang) biasa dimasak kari. Batang kayunya getas (mudah patah). Ia asalnya sejenis pokok yang lembut dan tidak berteras.
Teras Gemunggar / Gemunggal atau Teras Kilo / Kelo / Kelor merupakan salah satu daripada jenis teras terpilih yang amat masyhur dengan keberhajatan masyarakat nusantara terhadapnya. Di Indonesia, Teras Gemunggal juga di kenali sebagai Gheli Maronggi ( Madura ) dan Galih Kelor ( Jawa ). Umumnya, terdapat 3 jenis Teras Gemunggal/Kelor berdasarkan asal tempat pokok Gemunggal / Kelor di tanam atau dijumpai, iaitu:
KATEGORI GEMUNGGAL
- Gemunggar / Kelor Kampung : Urat-uratnya yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Keratan rentas gelang uratnya bersambungan tidak putus dan halus seratnya. Ianya berwarna koko-coklat jika yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua. Warnanya juga akan berubah daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan dan seterusnya menjadi kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam bentuk cincin, gelang tangan dan tasbih untuk berzikir. Jika direndam dalam air, herba daripada terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh. Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan akar pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas. Umumnya, jenis ini timbul jika direndam dalam air .
- Gemunggar / Kelor Bukit : Susunan lapisan uratnya sederhana halus (warna koko/coklat) dan terdapat urat bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir sama dengan Kayu Kokka yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya lebih besar daripada jenis yang kampung. Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam dalam air. Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggar/Kelor Bukit yang uratnya seperti jenis yang kampung.
- Gemunggar / Kelor Pulau : Keratan rentas gelang uratnya terdapat putus-putus, halus serat dan uratnya serta berwarna putih / cerah dan kemerahan muda/tua. Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna. Umumnya, timbul jika direndam dalam air. Petua orang tua-tua menyebut “ Pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh di daratan luas ”
Jika dibelah dengan parang/kapak, biasanya Teras Gemunggar / Kilo akan pecah dan serpih dengan tidak menentu, kerana uratnya yang berselirat dan berpusar tanpa ada satu pola yang tetap, walaupun hanya sepotong terasnya yang kecil. Gergaji paling sesuai digunakan jika ingin memotong Teras Gemunggar / Kilo . Ianya juga tidak sesuai dibentuk dengan mengisit menggunakan parang. Ketiga-tiga jenis Teras Gemunggar / Kelor berbeza dari segi urat, serat, berat, warna dan kekerasannya; secara umumnya.
Antara khasiat Teras Gemunggal Anugerah Agung :
- Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah
- Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat.
- Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.
- Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki tetapi kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin.
- Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga, keempat.
- Teras Gemunggal itu apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukan)
- Teras Gemunggal sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
- Teras Gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat,ahli korporat dll sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki berbagai-bagai keistimewaan tersendiri.
- Diguna oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato yang mementingkan keselamatan diri.Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya.
- Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.
- Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.
- Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.
- Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.
- Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya.
- Khasiat lain teras gemunggal ialah mengaktifkan ketajaman gerak hati (Indera Ke-enam), kewibawaan dll.
- Kemuncak kelebihan teras Gemunggal ini ialah sipemakainya akan dikurniakan ketahanan kulit dari ancaman asid dan perkara yang sewaktu dengannya.
- Perkara ini boleh diuji sendiri oleh sesiapa juga dengan mengambil sebotol asid dan cuba mencelupkan jari anda ke dalam asid tersebut. Tetapi mestilah memakai Teras Gemunggal tersebut terlebih dahulu. Awas, jika anda tidak memakai Teras Gemunggal tersebut, jari anda mungkin akan hancur!
Assalam, lokasi rumoh pok ni kat mana tuan..😅😅..nk beli online kayu ni takut kene lebong..baik gi direct tukang Jual..bleh share dop..
ReplyDelete