Powered By Blogger

Sunday, September 1, 2013

apa itu kayu teras gemunggal??



Nama sains bagi merunggai ialah Moringa Oleifera dan sinonim dengan Moringa

Ptergyosperma.Merunggai juga dikenali dengan nama gemunggal,ramunggai, rembugai, lembugai, pemanggai dan kacang kelur. Pokok ini berasal dari India dan sekarang banyak ditanam di pelbagai kawasan tropika dan subtropika, terutama di Asia disamping benua Amerika seperti Florida di Amerika Syarikat, Mexico, Peru, Paraguay, Brazil, Venezuela, Hindi Barat, Kepulauan Turki dan Caicos.Merunggai mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional. Daun merunggai dikatakan boleh mengubati buah dada yang bengkak, terutama dikalangan ibu yang baru bersalin. Ia diubati dengan cara menyapu daun yang ditumbuk lumat pada bahagian yang bengkak. Bagi memulihkan badan ibu, akarnya ditumbuk dan disapu pada perut ibu yang baru bersalin sebagai bebat. Makanan daripada daun merunggai dan buah merunggai boleh bertindak sebagai pelawas sembelit. Daun dan akar juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit sifilis dan busung darah. Manakala daunnya dimakan untuk mengubati penyakit gonorea.



Penyakit beri-beri adalah penyakit
 yang mengenai saraf yang disebabkan oleh kekurangan 
makanan pada bagian yang disebut sebagai
ancurian atau thiamin(kekurangan vitamin B1)





Dalam perubatan India, akar merunggai digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak atau bisul yang dalam. Daunnya pula dijadikan penawar gigitan anjing, muntah-muntah, dan mengurangkan aliran susu ibu. Di Jawa, akar merunggai digunakan untuk mengubati rasa kebas, penyakit beri-beri, dan pelbagai penyakit kulit. Batang pokok yang luka mengeluarkan sejenis gam yang berguna sebagai ubat di India dan Jawa. Orang India menggunakan gam ini untuk mengubati kelenjar yang bengkak. Orang Jawa pula menggunakan gam ini bagi mengubati sakit usus.


Di kawasan Amerika Tengah, terutamanya di Curacao, akar merunggai sepanjang 15 cm diambil, dicuci bersih dan cecair di dalam akarnya itu dihisap; cecair ini didapati boleh menjadi penawar selesema. Di Guetamala, kulit dan akar yang dihancurkan dijadikan ubat sapu, bijinya dibancuh seperti teh dan diminum untuk melegakan demam panas dan juga pelawas buang air besar. Di Nicaragua dan El Salvador , akar yang kering digunakan sebagai penawar untuk mengubati penyakit malaria dan masalah buah pinggang. Orang Puerto Rico memakan daun merunggai sebagai pelawas buang air besar. Di Pulau Caicos, air rebusan bunga diminum sebagai penawar batuk.

Di Bahamas, air rebusan bunga merunggai ini dicampur dengan limau nipis sebelum diminum untuk tujuan yang sama. Orang Aruba menghancurkan biji merunggai dan menyapunya pada bahagian badan yang ada ketuat untuk mernghilangkan ketuat itu. Di Venezuela, air rebusan biji dan daun merunggai diminum sebagai julap dan untuk mengeluarkan cacing yang ada di dalam perut dan usus.Orang Bahamas dan Jamaica merendam kulit merunggai di dalam alkohol dan menggunakannya sebagai ubat sapu bagi melegakan sakit kepala dan sakit-sakit badan. Orang Curacao merendam akar yang telah dihancurkan di dalam rum dan digunakan sebagai ubat sapu bagi menyembuhkan sakit otot jenis reumatisme.


Pokok Gemunggar/Gemunggal ( istilah Pantai Timur; asal perkataan India ) atau Kilo/Kelo/Kelor ( istilah yang lebih dominan di alam Melayu ) merupakan sejenis pokok yang tidak asing lagi bagi masyarakat di nusantara ( Pattani, Malaysia & Indonesia ). Dikenali juga dengan nama Moltong, Keloro, Kawano, Ongge dan Hau Fo. Ianya banyak di tanam di tepi-tepi rumah atau pondok pengajian dan boleh dijumpai di tepi-tepi jalan terutamanya di kawasan kampung. Daunnya berbentuk bujur telur dengan ukuran kecil-kecil tersusun majmuk dalam satu tangkai. Kelor berbunga sepanjang tahun dengan aroma semerbak, berwarna putih kekuningan dengan tudung pelepah bunganya berwarna hijau. Pucuknya yang masih muda digoreng bersama telur, manakala buahnya (i.e., berbentuk tiga/empat segi panjang) biasa dimasak kari. Batang kayunya getas (mudah patah). Ia asalnya sejenis pokok yang lembut dan tidak berteras.


reumatisme


Teras Gemunggar / Gemunggal atau Teras Kilo / Kelo / Kelor merupakan salah satu daripada jenis teras terpilih yang amat masyhur dengan keberhajatan masyarakat nusantara terhadapnya. Di Indonesia, Teras Gemunggal juga di kenali sebagai Gheli Maronggi ( Madura ) dan Galih Kelor ( Jawa ). Umumnya, terdapat 3 jenis Teras Gemunggal/Kelor berdasarkan asal tempat pokok Gemunggal / Kelor di tanam atau dijumpai, iaitu


Gemunggar / Kelor Kampung : Urat-uratnya yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Keratan rentas gelang uratnya bersambungan tidak putus dan halus seratnya. Ianya berwarna koko-coklat jika yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua. Warnanya juga akan berubah daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan dan seterusnya menjadi kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam bentuk cincin, gelang tangan dan tasbih untuk berzikir. Jika direndam dalam air, herba daripada terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh. Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan akar pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas. Umumnya, jenis ini timbul jika direndam dalam air .



Gemunggar / Kelor Bukit : Susunan lapisan uratnya sederhana halus (warna koko/coklat) dan terdapat urat bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir sama dengan Kayu Kokka yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya lebih besar daripada jenis yang kampung. Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam dalam air. Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggar/Kelor Bukit yang uratnya seperti jenis yang kampung.




 Gemunggar / Kelor Pulau : Keratan rentas gelang uratnya terdapat putus-putus, halus serat dan uratnya serta berwarna putih / cerah dan kemerahan muda/tua. Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna. Umumnya, timbul jika direndam dalam air. Petua orang tua-tua menyebut “ Pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh di daratan luas ”




                       Produk baru!!!!!




























KHASIAT TERAS GEMUNGGAL



Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah
Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat.
Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.
Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki tetapi kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin.
Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga, keempat.
Teras Gemunggal itu apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukan)
Teras Gemunggal sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
Teras Gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat,ahli korporat dll sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki berbagai-bagai keistimewaan tersendiri.
Diguna oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato yang mementingkan keselamatan diri.Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya.
Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.
Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.
Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.
Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.


BENARKAH BEGITU?

BERDASARKAN PENGALAMAN DAN PENDAPAT SAYA,ADAKALANYA BOLEH BERLAKU DAN ADAKALANYA TIDAK MENJADI.

KENAPA BEGITU?BUKANKAH TERAS GEMUNGGAL@KELOR MEMPUNYAI KHASIAT SEPERTI DIATAS?

GUNAKAN LAH AKAL YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH,BERFIKIRLAH.KONSEPNYA SAMA SAHAJA,CONTOH,KITA SAKIT PERUT,KITA MAKAN UBAT,ADAKALANYA SEMBUH DAN ADAKALANYA SAKIT JUGA.WAHHAL UBAT TELAH DIAMBIL.FIKIRKANLAH.


TIDAK MENJADI KESALAHAN KITA MENCARI SEDIKIT IKHTIAR,TETAPI PERLU DIINGAT,KEPADA ALLAH LAH KITA BERTAWAKKAL.FIKIRKANLAH,JIKA SEKUMPULAN BERKATA TERAS GEMUNGGAL BENAR-BENAR HEBAT,LAGI HEBAT YANG MENCIPTANYA IAITU ALLAH YANG MENCIPTA SEGALANYA.

JADI?

PILIHLAH PEGANGANMU,DIANTARA 100% UNTUK TERAS GEMUNGGAL@KELOR  ATAUPUN 100% UNTUK ALLAH YANG MAHA BESAR.SEMUA YANG BERLAKU ATAS IZIN-NYA.WALLAHULAM.

FIKIRKANLAH WAHAI SAHABATKU,
SEKADAR MEMBERI PENDAPAT.


Teras Gemunggal Asli

Terdapat 3 jenis gemunggal yang biasa ditemui...setiap satu nya berlainan dari sudut rupa, warna dan sebagainya. Gemunggal ini dipercayai mempunyai khasiatnya yang tersendiri...namun begitu harus diingat apapun jua ianya datang dari Allah....

Gemunggal / Kelor Kampung :
Urat-uratnya yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Keratan rentas gelang uratnya bersambungan tidak putus dan halus seratnya. Ianya berwarna koko-coklat jika yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua. Warnanya juga akan berubah daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan dan seterusnya menjadi kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam bentuk cincin, gelang tangan dan tasbih untuk berzikir. Jika direndam dalam air, herba daripada terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh. Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan akar pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas. Umumnya, jenis ini timbul jika direndam dalam air. 

Gemunggal / Kelor Bukit :
Susunan lapisan uratnya sederhana halus (warna koko/coklat) dan terdapat urat bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir sama dengan Kayu Kokka yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya lebih besar daripada jenis yang kampung. Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam dalam air. Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggar/Kelor Bukit yang uratnya seperti jenis yang kampung.


Gemunggal / Kelor Pulau :
Keratan rentas gelang uratnya terdapat putus-putus, halus serat dan uratnya serta berwarna putih / cerah dan kemerahan muda/tua. Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna. Umumnya, timbul jika direndam dalam air. Petua orang tua-tua menyebut “ Pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh di daratan luas ” Jika dibelah dengan parang/kapak, biasanya Teras Gemunggar / Kilo akan pecah dan serpih dengan tidak menentu, kerana uratnya yang berselirat dan berpusar tanpa ada satu pola yang tetap, walaupun hanya sepotong terasnya yang kecil. Gergaji paling sesuai digunakan jika ingin memotong Teras Gemunggar / Kilo . Ianya juga tidak sesuai dibentuk dengan mengisit menggunakan parang. Ketiga-tiga jenis Teras Gemunggar / Kelor berbeza dari segi urat, serat, berat, warna dan kekerasannya


Serba Sedikit Kegunaannya:

Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah.Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat. Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri. 

Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki, malah kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu membantu kaum wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin. Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga atau keempat. Teras gemunggal ini, apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukannya). Teras gemunggal ini sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, Insya Allah kita tidak akan terperdaya. Teras gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat, juga ahli korporat sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki pelbagai keistimewaan tersendiri. Pengunanya ramai di kalangan VIP terutamanya Dato-Dato yang memerlukan keselamatan diri. Ini kerana kayu gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya. 


Menawarkan racun dalam makanan:

sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.

Menjauhkan dari terkena hikmat sihir:
terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.


Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu


Bisul:
Terasnya diasah, disapu pada mata bisul...insyallah bisul akan beransur hilang dalam masa yang singkat

Ditakuti hantu:
Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis

Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh:
Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum.

Digigit ular,lipan atau apa jua binatang berbisa:
Terasnya diasah dan disapu pada tempat yang kena gigit.


Khasiat lain teras gemunggal ialah mengaktifkan Ketajaman gerak hati(Indera Ke-enam),kewibawaan dll . Mengelak dari dipukau,digendam dengan ilmu hitam: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari tangan Kemuncak kelebihan teras Gemunggal ini ialah sipemakainya akan dikurniakan ketahanan kulit dari ancaman asid dan perkara yang sewaktu dengannya.




Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya. kita seharusnya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangannya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadanya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.





Semoga ia dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan Negara,INSYA ALLAH.

BERMINAT? SILA CALL @ SMS 01129327236

salam bicara

Assalamulaikum dan terima kasih kerana sudi mengujungi laman blog yang tidak seberapanya ini. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi minat dan pengetahuan dalam kalangan peminat batu permata dan cincin. Batu permata dan teras kayu yang dipaparkan adalah asli yang mana kami perolehi dari sumber yang dipercayai dan diyakini keasliannya.Mengenai khasiat/fadilat dan kelebihan sesuatu item kami kongsikan melalui pengalaman mereka pernah menggunakan atau melalui maklumat dan rujukan dari mereka yang ahli dan lebih arif dalam penggunaan teras kayu dan batu permata. Pun begitu jangan kita lupa segala item dan barangan hanya asbab dan ikhtiar sahaja padaNYA jualah yang Maha Mengetahuinya.Tidak salah untuk kita berusaha asalkan diatas landasan yang betul dan tidak berpaling padaNYA.


Manusia mula mengetahui tentang khasiat dan kegunaan teras kayu sejak nabi Adam as lagi.Allah telah mengurniakan pengetahuan tentang khasiat teras kayu sebagai penawar kepada beliau sedangkan malaikat pada ketika itu tidak mengetahuinya. Ini menunjukkan banyak kelebihan yang telah Allah berikan kepada kita manusia.
      'Dan sesungguhnya tidak tuhan jadikan sesuatu itu sia-sia melainkan ada kegunaannya bagi mereka yang mengetahuinya'...Disuatu masa dahulu ketika tiada teknologi,doktor mahu pun klinik tumbuhan-tumbuhanlah yang menjadi iktiar dan asbab untuk merawat penyakit juga sebagai penawar.
      Semenjak dahulu lagi nenek moyang kita arif dan bijak memanfaatkan sumber tumbuhan yang ada bagi tujuan kegunaan harian dan amalan. Mereka juga mahir dalam mengenal tumbuhan dan khasiat teras kayu untuk diaplikasikan ketika perlu.
      Jika kita ingin mengenali teras kayu sekurang-kurangnya kita mesti mengetahui hujung pangkalnya atau asal usulnya. Sebab itu pengetahuan usul itu penting dalam budaya melayu.Jika menurut hukum sains sebatian unsur kimia yang terdapat dalam teras kayu adalah dalam bentuk proton dan elektron iaitu negatif dan positif yang dikenali sebagai kayu jantan dan betina.
      "Seorang pemerhati kayu,Drs. Budi Hardono pada tahun 1987-1989 mengadakan penelitian terhadap kayu-kayu yang memiliki keistimewaan itu kemudian diyakini 'bertuah'.Hasil penelitian dan kajian beliau yang dilakukan di Fakulti MIPA Universiti Gajahmada Indonesia dengan menggunakan Chronometer alat pengukur tenaga buatan Amerika menunjukkan, tenaga yang terdapat pada "kayu Langka/Bertuah" kekuatannya adalah dua kali ganda jika dibandingkan dengan tenaga yang terdapat pada keris atau barang pusaka.Jika keris atau pusaka menunjukkan tahap 50,kayu bertuah menunjukkan tahap 100.Ertinya media kayu lebih praktis dijadikan 'pegangan' atau pemancar tenaga metafizik kerana tidak ada pantang larang tertentu saat membawanya.
           Kayu memancarkan tenaga,nur atau cahaya. Cahaya memiliki frekunsi sangat tinggi dan gelombang-gelombang molekul ion yang jika disertakan dengan doa dan amalan dari jalur ilmu, frekunsinya menjadi lebih kuat dan tinggi serta akan menimbulkan 'auranya'.Nur atau cahaya rumusnya 328 tahun cahaya sehinggakan secara logiknya manusia tidak dapat menjangkaunya.
           Tenaga atau aura yang dipancarkan pada kayu 'bertuah' terlalu halus dan relatif, secara kimia dapat dikesan melalui beberapa ujian.Yang dimaksudkan dengan kayu bertuah adalah kayu secara kudrati mengandungi daya kekuatan alamiah tenaga Prana(Tenaga Bion) dalam potensi supernatural yang berpengaruh kepada hidupan...Setiap ciptaanNYA memiliki manfaat. Dalam "bekerja" Tuhan melalui ciptaannya.Misalnya Tuhan menawarkan racun racun melalui ciptaanNYA bernama kayu setinggi/gemunggal dan berbagai jenis kayu yang lain,dan mengubati malaria melalui pohon kina dan sebagainya...Sebahagian dari nikmat Tuhan adalah diciptakannya tumbuh-tumbuhan yang memiliki khasiat yang luar biasa, terpulang pada kita manusia untuk mengolahnya kearah kebaikan...
   
    Teras Gemunggal/Kelor
-Untuk ketahanan diri(mengaktifkan raksa dalam tubuh)
-Perubatan/penawar
-Penolak gangguan halus
-Menghindari binatang berbisa


Teras Gemunggal @ Teras Kelor @ Teras Kilo

                                      

Teras Gemunggal atau Teras Kelor yang dikatakan Berkualiti memiliki ketumpatan yang padat...hanya, ianya tidak boleh dimakan dengan nasi sebagai ulam...tapi kalau nak try test macam makan petai..apa salahnya..kalau tercekik...pegi ajer spital..tak pun tempah ajer liang lahat..hehehe.

                                       


Jalur trade mark dan pori-pori yang halus pada asalnya selari ketika pembentukan teras. Apabila ianya meningkat matang, pori-pori yang asalnya selari akan mula berserakkan kerana serat-serat kayu yang terbina akan mula mampat pada bahagian yang dikatakan Teras, ini adalah fakta dari sudut kajian. Sewaktu terbinanya bahagian teras, jika pokok gemunggal yang masih muda ditebang, jalur dan pori-porinya akan kelihatan menyerupai teras yang dikatakan teras semeru atau jenis teras yang selain darinya.

Dan...kalau pokok gemunggal yang di tebang sewaktu terasnya masih belum terbina, bahagian kayu pokok gemunggal adalah lembut dan bahagian terasnya boleh di genggam perah dengan tangan. Kayu gemunggal yang tidak memiliki teras jika dibiarkan dibawah terikkan panas mentari dan digenangi dengan hujan, lambat laun, kayu tersebut akan mereput dan ianya akan menjadi makanan anai-anai dan semut hitam akan menjadikannya sebagai transit sementara sebagai sarang perumahnya.

Ini adalah rumusan atas sebahagian dari pengalaman saya sendiri yang melaluinya mengenai perihal gemunggal. Masih ada lagi rahsia-rahsia yang belum terungkai dengan Teras Gemunggal ni..ini kerana, saya ni daif dan saya tiada pula memiliki Ilmu..apa jua yang saya lalui, maka saya lebih suka berkongsi maklumat dengan para sabahat yang melayari Blog ini demi Pengetahuan dan renungan buat semua...InsyaAllah


                                    
                                                        Bahagian bawah mata teras.






                                 



Jenis yang dipaparkan adalah dari jenis teras gemunggal yang berkualiti. Jenis teras yang sebeginilah yang selalu diwar-warkan oleh sebilangan orang. Jenis teras yang sebegini selalunya terdapat pada bahagian Akar pangkal teras dan bahagian pangkal pokok. Memiliki ketumpatan yang begitu mampat sehinggakan jika tertelan sebuku potongannya boleh memudaratkan sesiapa sahaja. Malah ayam cemani aku pun padam sekor bila mematuk-matuk jenis teras ni....tak tau lah kut ayam tu padam sebab kena penyakit Sampor...hehehe

Teras Gemunggal yang sedemikian rupa, rata-ratanya adalah dari jenis gemunggal hutan. Gemunggal jenis kampung pun jika ianya berumur melebihi dari 100 tahun, berkemungkinan memiliki ciri-ciri yang sebegini..wallahu, sebab aku hidup pun belum tentu sampai macam tu. Menyentuh serba sedikit mengenai fadilatnya pula, pada pendapat saya, bab fadilat ni, kita serahkan sahaja pada Penciptanya, sebab ianya adalah sesuatu yang bukan dari kalangan manusia itu yang berhak mengatakannya, cuma apa yang menjadi ikutan adalah melalui turunan petua dari orang-orang lama.

Jangan lah nak memandai-mandai pegi celup tangan tu kat dalam minyak panas atau kat dalam Asid jika tiada berkeyakinan dan cuma sekadar nak mengujinya. Cukuplah sekadar memilikinya dan diguna-pakai ketika memerlukan atas dasar Petua dan Berkeyakinan penuh pada Yang Maha Pencipta. Bab kekeliruan mengenai Teras Gemunggal Asli dan yang Palsu pula....la ni kat dalam internet dah banyak sekali diberi penerangan mengenainya, tepuk dada tanya hati, tumbuk muka pecah gigi. Fahami dahulu, baru beli....agak kalau mahal sangat, beli ajer kuih koci buat pembuka selera sebelum mandi...hehehe..(Teras yang dipaparkan adalah Tempahan Sahabat)..kalau nak jenis ni..kena buat tempahan lain...



Keajaiban 1 - Teras Gemunggal





Khasiat Pokok Gemunggar Gemunggai: Remunggai, Kelor Sejenis pokok besar berdaun kembar halus, dimana pucuknya enak disayur, berkhasiyat: 1. Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman 2. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit 3. Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah. 4. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin. 5. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya. 6. Sakit mata:daunnya 3 ranting kecil dilumat diandunkan dengan 1 gelas air dan heningkan; ditapis dan dititikkan ke dalam mata. 7. Rabun ayam: daunnya 3 ranting kecil dilumat, dituangkan 1 mangkuk air masak dan ditapis; kemudian diandunkan dengan madu 3 sudu, diminum sebelum tidur. 8. Sakit kuning: daunnya 7 ranting kecil dilumat dan dimasukkan 1 gelas air kelapa; ditapis dan diandunkan dengan 7 sudu madu, diminum 3 kali sehari. 9. Sengal tulang: daunnya 3 ranting kecil dilumatkan bersama ½ sudu kapur makan, dibuat gosok. 10. Alergi (alahan): daunnya 3 ranting kecil, bawang Merah 1 hulas, biji adas dan akar mempelas direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum 2 kali sehari 1 mangkuk kecil. 11. Memusnah cacing: daunnya 3 ranting kecil, daun lada 1 ranting kecil dan 3 batang Dukung Anak direbus dengan 2 gelas sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum sebelum tidur. 12. Luka bernanah: daunnya 7 ranting kecil dilumatkan ditempel. 13. Sukar membuang air kecil: daunnya 3 ranting kecil dilumat dan diperah dicampur dengan perahan air mentimun atau lobak Merah, sama banyak antara ketiga; diadun dan dicampur 1 gelas air dan ditapis; diminum 3 kali sehari. 14. Menjauhkan dari kecurian: bila meletakkan terasnyadalam rumah ataudalam kenderaan, insya-Allah 15. Sengal tulang: daun mudanya diremuk dicampur kapur makan, digosokkan. 16. Bengkak: 17. Mengurangi rasa sakit: Untuk keduanya- daun mudanya diremuk danditempelkan di tempat sakit. Juga kulitnya diremuk dan dicampur sedikit kapur makan, ditempelkan. 18. Pitam, pengsan (Epilepsi): akarnya diasah dibuat basuh kepala. 19. Busung (Odeem):akarnya dan kulit sertaakarpepaya dilumat dicomor. 20. Beri-beri:akarnya direbusdan diminum. 21. Kencing Bernanah (Gonorrhoea): akar dan daunnya direbusdan diminum setiap 3jam sekali. 22. Kurap: daunnya digosokkan dengan kapur. Kegunaan-kegunaan Lain 1. Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum. 2. Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum. 3. Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu. 4. Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul. 5. Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis. 6. Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum. 7. Digigit ular,lipan: Terasnya diasah dan dicomor pada tempat yang kena gigit.








TERAS GEMUNGGAR/GEMUNGGAL/RAMUNGGAR/RAMUNGGAI/MUNGGAI/KELO/KILO (Moringa Oleifera) Pokok Gemunggar/Gemunggal (istilah Pantai Timur; asal perkataan India) atau Kilo/Kelo/Kelor (istilah yang lebih dominan di alam Melayu) merupakan sejenis pokok yang tidak asing lagi bagi masyarakat di nusantara (Pattani, Malaysia & Indonesia). Dikenali juga dengan nama Moltong, Keloro, Kawano, Ongge dan Hau Fo. Ianya banyak di tanam di tepi-tepi rumah atau pondok pengajian dan boleh dijumpai di tepi-tepi jalan terutamanya di kawasan kampung. Daunnya berbentuk bujur telur dengan ukuran kecil-kecil tersusun majmuk dalam satu tangkai. Kelor berbunga sepanjang tahun dengan aroma semerbak, berwarna putih kekuningan dengan tudung pelepah bunganya berwarna hijau. Pucuknya yang masih muda digoreng bersama telur, manakala buahnya (i.e., berbentuk tiga/empat segi panjang) biasa dimasak kari. Batang kayunya getas (mudah patah). Ia asalnya sejenis pokok yang lembut dan tidak berteras.

 Teras Gemunggar/Gemunggal atau Teras Kilo/Kelo/Kelor merupakan salah satu daripada jenis teras terpilih yang amat masyhur dengan keberhajatan masyarakat nusantara terhadapnya. Di Indonesia, Teras Gemunggal juga di kenali sebagai Gheli Maronggi (Madura) dan Galih Kelor (Jawa). Umumnya, terdapat 3 jenis Teras Gemunggal/Kelor berdasarkan asal tempat pokok Gemunggal/Kelor di tanam atau dijumpai, iaitu: a. Gemunggar/Kelor Kampung: Urat-uratnya yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Keratan rentas gelang uratnya bersambungan tidak putus dan halus seratnya. Ianya berwarna koko-coklat jika yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua. Warnanya juga akan berubah daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan dan seterusnya menjadi kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam bentuk cincin, gelang tangan dan tasbih untuk berzikir. Jika direndam dalam air, herba daripada terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh.

 Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan akar pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas. Umumnya, jenis ini timbul jika direndam dalam air. b. Gemunggar/Kelor Bukit: Susunan lapisan uratnya sederhana halus (warna koko/coklat) dan terdapat urat bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir sama dengan Kayu Kokka yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya lebih besar daripada jenis yang kampung.

Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam dalam air. Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggar/Kelor Bukit yang uratnya seperti jenis yang kampung. c. Gemunggar/Kelor Pulau: Keratan rentas gelang uratnya terdapat putus-putus, halus serat dan uratnya serta berwarna putih/cerah dan kemerahan muda/tua. Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna. Umumnya, timbul jika direndam dalam air.

Petua orang tua-tua menyebut “Pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh di daratan luas” Jika dibelah dengan parang/kapak, biasanya Teras Gemunggar/Kilo akan pecah dan serpih dengan tidak menentu, kerana uratnya yang berselirat dan berpusar tanpa ada satu pola yang tetap, walaupun hanya sepotong terasnya yang kecil. Gergaji paling sesuai digunakan jika ingin memotong Teras Gemunggar/Kilo. Ianya juga tidak sesuai dibentuk dengan mengisit menggunakan parang. Ketiga-tiga jenis Teras Gemunggar/Kelor berbeza dari segi urat, serat, berat, warna dan kekerasannya; secara umumnya.

RAHSIA GEMUNGGAL



K.Lumpur: Bayangkan kalau said terkena kepada badan seseorang itu mungkin mengakibatkan cacat seumur hidup atau sebaliknya. Namun jika anda memakai cincin teras gemunggal lain pula jadinya. Percayalah tiada apa-apa berlaku kepada diri anda.Mungkin sukar untuk dipercayai dengan kenyataan berkenaan."Betul bang! Saya sendiri celup kelima-lima jari ke dalam bekas berisi asid. Tiada apa-apa pada jari saya," Ujarnya dengan bersungguh-sungguh.

Katanya lagi, kayu teras berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi kerana manusia arif saja dapat menemui pohon itu."Bukan senang hendak jumpa kayu teras jika tidak arif dalam bidang itu," jelasnya lagi.Begitulah pendedahan penjual teras kayu berkenaan iaitu Mohd Syawal, 20, berasal dari Setapak, menjelaskan kayu teras dijadikan cincin untuk mudah dipakai kepada sesiapa berhajat dan selamat untuk dibawa ke mana-mana saja."Saya bawa cincin teras dan jual kepada sesiapa saja yang hendak membeli. Tuan punya sebenar ialah Pak Arun yang menetap di Terengganu jugak.Pak Arun amanah kepada saya untuk menjual. Saya bawa cincin itu bersama-sama dengan sebotol asid. 

Uji dulu baru boleh beli." akiunya lagi."Tetapi jika takut, bimbang dan gementar jangan celup nanti bawa padah. Syaratnya anda mesti yakin kepada Allah S.W.T barulah boleh percaya. Sekadar melepaskan batuk ditangga jangan buat nanti nahas pada diri sendiri. Saya tidak bertanggungjawab," jelasnya dengan panjang lebar.Syawal mengakui, pada mulanya dia mencelup kelima-lima jarinya ke dalam asid tanpa memakai cincin berkenaan tetapi tidak sampai lima minit kemudian kesemua jarinya menjadi panas. Selepas itu kulit menjadi melecur."Seminggu jugak baru sembuh. Saya celup kelima-lima jari pada sebelah kanan ternyata tiada apa-apa.Dari situlah saya yakin dengan cincin berkenaan." sambungnya lagi. Ketika diajukan soalan berkaitan dengan harga cincin berkenaan lantas dia menjawap," Bayar fidyah dengan harga berpatutan."Menurut kepercayaan orang tua dahulu mengatakan.

 Teras pokok Gemunggal atau nama sebenarya pokok kilo adalah sejenis pohon yang menyimpan pelbagai seribu misteri. Namun disebalik misteri akan terjawab nanti.Difahamkan pokok itu menjadi penawar kepada segala racun. Selain itu juga tahan gigitan serangga berbisa dan juga ular.Selain itu juga ada sesetengah pihak mendakwa teras itu mampu menghalang pemiliknya terkena gangguan sihir atau ilmu hitam."Sebenarnya teras gemunggal memang sukar untuk diperolehi," ujarnya dengan tenang. Namun dia bersyukur kerana teras berkenaan ada padanya bahkan dianggap hadiah pemberian daripada seorang rakan kenalan akrab yang berasal dari Gua Musang, Kelantan.Menurut pemilik teras gemunggal dikenali dengan panggilan Pak Arun menjelaskan. pada zaman tahun dulu (tahun awal 70an dan 80an) kebanyakkan askar-askar Melayu menggunakan teras itu sebagai pelindung diri.

 Dakwanya lagi, teras itu apabila dipakaipada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh."Apa yang saya cerita berdasarkan daripada cerita lisan daripada kawan-kawan rapat yang mengetahui khasiat teras gemunggal. Selain itu juga pengalaman si pemakai mengenai rahsia teras pelik itu." akuinya lagi.Dia juga menjelaskan, selain itu juga teras berkenaan boleh disimpan didalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri atau sesiapa saja bertujuan niat jahat.

Pak Arun menyatakan pohon teras hanya boleh didapati di kawasan tanah berpasir serta lembut.Pokoknya lembut dan rendang, berdaun kecil manakala batangnya lembut. Jarang pohon itu ada teras kecuali pohon tertentu saja."Setiap kejadian ada hikmahnya. Manusia hanya merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukannya. Begitu juga dengan teras gemunggal".Bukanlah kita hendak percaya bulat-bulat kepada kayu berkenaan nanti boleh membawa kepada syirik.Tetapi pada saya setiap tumbuhan, pokok herba ada khasiat tersendiri. Semuanya anugerah kejadian daripada Ilahi," akuinya lagi ketika dihubungi oleh pihak