Kepakaran menjual barangan diperbuat khas daripada Teras Kayu dan pelbagai.. - kayu (berenergi&bertuah) kesan secara alami - khasiat dinantikan oleh peminat Teras HUBUNGI ENCIK MUZAKIR 01129327236
Friday, August 30, 2013
Thursday, August 29, 2013
KERATAN AKHBAR MINGGUAN MISTERI 2007
KUALA LUMPUR: Percayalah mendapat sambutan hangat sekali sebaik saja berita mengenai khasiat teras gemunggal keluar dalam Mingguan Misteri pada dua bulan lepas.Pun begitu, ada sesetengah pihak mengetahui rahsia sebenar teras berkenaan malah ada juga yang ingin mendapatkan kayu itu sebagai penawar diri.
Sebelum ini Mingguan Misteri (MM) keluaran lepas mendedahkan kisah seorang Wartawan Politik terkenal tanah air sanggup mencelupkan kelima – lima jarinya ke dalam asid sebagai menguji keaslian teras gemunggal yang dianggap mustajab sebagai pendinding diri serta gangguan binatang buas.
Sekadar menguji saja bukan apa – apa ujarnya dengan ringkas.Sebelum ini saudara Zulkifli Haji Omar, 35, menerima panggilan telefon daripada peminat-peminat benda – benda pelik, purba serta para pengamal perubatan tradisional untuk mengetahui kisah sebenar berkaitan dengan teras berkenaan.
Saya sudah jelaskan perkara sebenar mengenai teras itu. Saya bukannya hendak cari publisiti murahan sebaliknya sekadar menguji saja. Mungkin benda itu berlaku secara kebetulan saja.
Saya bukanlah seorang pengamal perubatan sebaliknya sekadar menguji saja. Ada juga sesetengah pihak mendakwa saya sebagai tok bomoh. Itu tidak betul! Saya uji saja, jelasnya lagi.
Katanya lagi, bayangkan jika seseorang itu terkena asid boleh mengundang padah pada diri sendiri bahkan boleh mencacatkan anggota tubuh badan seseorang itu jika terkena cecair berkenaan.
Ngeri dibuatnya! Tapi apakan daya terpaksa lakukan jua demi hendak buktikan sesuatu benda asli atau sebalik terpaksa melakukan biarpun menggadaikan nyawa sendiri. Mahu tidak mahu terpaksa lakukan jua demi bukti. Celup dulu jari ke dalam asid kemudian barulah, katanya.Sambungnya lagi, bayangkan kalau anda terkena asid boleh mengakibat cacat seumur hidup atau sebaliknya.Namun jika berlainan pula jika anda memakai cincin teras gemunggal lain pula jadinya. Dengan syarat izin daripada Maha pencipta-Nya.
Saya bukan hendak bercakap takabur tetapi manusia hanya boleh merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukan Nya. Kalau hebat mana seseorang itu sekali pun jika tidak mendapat keizinan daripada Allah S.W.T tidak akan menjadi jugak. Jadi, apa yang saya lakukan hanya tawakal kepada Allah S.W.T, ulangnya berkali – kali.Betul bang! Saya sendiri celup kelima – lima jari saya ke dalam bekas berisi asid. Tiada apa-apa pada jari saya, akuinya lagi.
Zulkifli menerangkan, kayu teras berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi kerana manusia arif saja dapat menemui pohon itu.Bukan senang hendak jumpa kayu teras jika tidak arif dalam bidang itu, jelasnya lagi.Akuinya lagi, kayu teras itu dijadikan cincin untuk mudah dipakai kepada sesiapa berhajat dan selamat untuk dibawa ke mana – mana saja.
Saya dapat tahu khisiat cincin teras daripada tuan punya iaitu Pak Harun yang menetap di Kemaman, Terengganu.Sebelum ini seorang kenalan bernama Omar Abdullah sering datang ke Kuala Lumpur membawa cincin teras dan menjual kepada sesiapa berhajat memakai cincin itu.Menurut cakap – cakap Adik Omar, Pak Harun amanah kepadanya untuk menjual cincin itu. Lantas dia membawa cincin itu bersama – sama dengan sebotol asid sebagai bahan uji. Secara kebetulan juga saya hendak menguji cincin terpaksa celup kelima – lima jari ke dalam asid itu. Memanglah kata – kata cerdik pandai uji dulu baru boleh beli, akuinya lagi.
Namun pada mulanya timbul perasaan takut, bimbang dan gementar namun tetap beranikan diri.
Pesanan saya jika takut jangan celup nanti bawa padah. Syaratnya anda mestilah yakin kepada Allah S.W.T barulah boleh percaya. Sekadar melepaskan batuk ditangga jangan buat nanti nahas pada diri sendiri.
Saya tidak bertanggungjawab, jelasnya dengan panjang lebar. Menurut kepercayaan orang tua dahulu mengatakan Teras pokok Gemunggal atau nama sebenarnya pokok Kilo adalah sejenis pohon yang menyimpan pelbagai seribu misteri. Namun disebalik misteri akan terjawab nanti.
Difahamkan pokok itu menjadi penawar kepada segala racun.Selain itu juga tahan gigitan serangga berbisa dan juga ular.Selain itu juga ada sesetengah pihak mendakwa teras itu mampu menghalang pemiliknya terkena gangguan sihir atau ilmu hitam.
Sebenarnya akar gemunggal memang sukar untuk diperolehi, ujarnya dengan tenang. Namun dia menjelaskan lagi, teras berkenaan ada pada Omar dianggap hadiah pemberian daripada seorang rakan kenalan akrab yang berasal dari Gua Musang, Kelantan.Menurut pemilik teras gemunggal yang dikenali dengan panggilan Pak Harun menjelaskan, pada zaman tahun dulu ( tahun awal 70an dan 80an) kebanyakkan askar – askar Melayu gunakan teras itu sebagai pelindung diri .Dakwanya lagi, teras itu apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh.
Apa yang saya ceritakan berdasarkan daripada cerita lisan daripada kawan – kawan rapat yang mengetahui khasiat teras gemunggal.Selain itu juga pengalaman si pemakai mengenai rahsia teras pelik itu. Iyalah manusia hanya boleh merancang tetapi semua dengan izin Allah S.W.T , akuinya lagi.Dia juga menjelaskan, selain itu juga teras berkenaan boleh disimpan didalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri atau sesiapa saja bertujuan niat jahat.
Apa yang diperjelaskan oleh Pak Harun menyatakan, pohon teras hanya boleh didapati di kawasan tanah berpasir serta lembut.Pokoknya lembut dan rending , berdaun kecil manakala batangnya lembut. Jarang pohon itu ada teras kecuali pohon tertentu saja.Setiap kejadian ada hikmahnya. Manusia hanya merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukan-Nya.Begitu juga dengan teras gemunggal.Bukanlah kita hendak percaya bulat – bulat kepada kayu berkenaan nanti boleh membawa kepada syirik.Tetapi pada saya setiap tumbuhan , pokok herba ada khasiat tersendiri. Semuanya anugerah kejadian daripada Ilahi, akuinya.
VIDEO-VIDEO TENTANG KHASIAT TERAS GEMUNGGAL
Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya.
Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.
Wednesday, August 28, 2013
PRODUK-PRODUK TERAS GEMUNGGAL
AKSESORI KUNCI TASBIH RM 250
rm40>rm20
RM250 RM120
(harga biasa rm350)
PELBAGAI EKSESORI DI SEDIAKAN
*sehingga stok masih ada
-tempahan di terima
RM300 RM450
(harga biasa rm550)
Pelbagai saiz dan bentuk aksesori (mengikut tempahan)
MINYAK URUT KHASIAT AL MUJARAB RM25
RM150 RM350
(hargai biasa rm500)
RM500
HARGA MENGIKUT RUNDINGAN RM50>RM25 |
Subscribe to:
Posts (Atom)